SEPERTI INI….ASAL USUL “KACA/GLASS”

 

 

 

Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai,

dan secara biologi merupakan bahan yang tidak aktif, yang

boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin.

Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat

berguna. Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah

galian yang mengandungi silikon dioksida. Nama IUPAC

silikon dioksida ialah silikon(IV) oksida. Silika wujud secara

semulajadi dalam pasir.

 

Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk

apabila bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat,

dengan itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan

kekisi kristal biasa terbentuk.

 

Kaca biasa biasanya terdiri daripada silikon dioksida (SiO2),

yang merupakan sebatian kimia yang serupa dengan kuarza,

atau dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen

mempunyai tahap lebur sekitar 2000 Selsius, jadi dua bahan

lain sering dicampurkan kepada pasir dalam pembuatan kaca.

Satu daripadanya adalah soda (sodium karbonat Na2CO3),

atau potasy, setara dengan sebatian kalium karbonat, yang

menurunkan tahap lebur kepada sekitar 1000 Selsius.

Bagaimanapun, bahan soda menjadikan kaca larut, jadi kapur

(kalsium oksida, CaO) merupakan bahan ketiga, ditambah

untuk menjadikan kaca tidak larut.

Silikon(IV) oksida ialah molekul kovalen raksasa. Oleh itu,

silikon(IV) oksida memerlukan banyak tenaga haba untuk

mengatasi setiap ikatan kovalen antara atom dalam struktur

raksasa. Maka, silikon(IV) oksida mempunyai takat lebur

yang sangat tinggi, iaitu 1710 C. Dalam silikon(IV) oksida,

setiap atom silikon diikat secara kovalen kepada 4 atom

oksigen dalam bentuk tetrahedron dengan sudut antara ikatan

109.5 . Unit itu diulangi secara tidak terhingga dengan setiap

atom oksigen terikat kepada 2 atom silikon untuk membentuk

molekul kovalen raksasa seperti struktur berlian. Kaca

merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila

bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan

itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan kekisi

kristal biasa terbentuk.

Salah satu ciri kaca adalah ia lutsinar. Sifat lutsinar

disebabkan kaca terdiri daripada bahan yang tidak

mempunyai keadaan perubahan garisan atomik dalam tenaga

cahaya. Juga disebabkan kaca adalah sekata pada tahap

gelombang yang lebih besar daripada cahaya,

ketidaksekataan menyebabkan cahaya terbias, menghalang

pemancaran imej.

 

Kaca tulen boleh dijadikan begitu lutsinar sehinggakan

beratus kilometer kaca boleh ditembusi gelombang cahaya

infra dalam kabel gentian optik.

 

Kaca biasa mempunyai campuran bahan lain untuk

mengubah cirinya. Kaca bertimah hitam adalah lebih

berkilauan, kerana peningkatan index pantulannya, sementara

boron ditambah bagi mengubah ciri terma dan elektriknya,

seperti Pyrex. Menambah barium juga meningkatkan indeks

pantulannya, dan serium digunakan dalam kaca yang

menyerap tenaga infra. Logam oksida juga ditambah bagi

menukarkan warna kaca. Peningkatan soda atau potash

menurunkan lagi tahap lebur, sementara mangan ditambah

bagi menyingkirkan warna yang tidak dikehendaki. Kaca

berwarna dihasilkan dengan bercampur dengan sedikit oksida

logam peralihan. Misalnya, oksida mangan akan

menghasilkan warna ungu, oksida kuprum dan kromium

memberikan warna hijau, dan oksida kolbalt memberikan

warna biru.

 

Soda atau sodium karbonat, Na2CO3 yang menurunkan

 

 

 

tahap lebur kepada sekitar 1000 C. Bagaimanapun, bahan

soda menjadikan kaca larut, jadi kapur (kalsium oksida, CaO)

biasanya ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

 

Kaca kadang-kala terbentuk secara semulajadi daripada lava

gunung berapi dalam bentuk obsidia.

 

 

KONSULTASI DAN ORDER

hub
dhono – 081230982128
desa rejeni krembung sidoarjo
workshop perum surya asri 1 sidoarjo

 

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s